
BEJING – Seramai 75 orang nelayan China dilaporkan hilang selepas tiga bot nelayan karam dilanda taufan di Laut China Selatan semalam.
Agensi berita Xinhua melaporkan ketiga-tiga bot nelayan itu dilanda Taufan Wutip kelmarin dekat Kepulauan Paracel, kira-kira 330 kilomter dari wilayah Hainan di China.
Beberapa sumber memberitahu, setakat ini pasukan penyelamat telah menyelamatkan 14 mangsa.
Ketika kejadian, bot-bot berkenaan belayar dari wilayah Guandong di selatan China.
Taufan Wutip yang bertiup selaju 117 kilometer sejam tiba di Vietnam semalam sebelum dijangka melanda Thailand hari ini.
Di Vietnam, kerajaan menutup sejumlah sekolah, dan memindahkan kira-kira 70,000 orang ke pusat-pusat pemindahan sementara.
Bencana itu menyebabkan hujan lebat dan banyak pokok tumbang manakala lebih 1,000 buah kediaman turut rosak.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Thailand memberi amaran, hujan lebat dijangka turun dan memburukkan lagi banjir di timur laut negara itu.
“Kami menjangka banjir akan merebak,” kata seorang jurucakap kerajaan, Teerat Ratanasevi.
“Pasukan tentera telah diminta untuk membantu memindahkan mangsa banjir yang terperangkap,” tambahnya. – Reuters
0 komentar:
Posting Komentar